Saturday, June 11, 2011

4 Jun 2011: Majlis tahlil dan doa kesyukuran rakan ke Mesir di Jempol, Negeri Sembilan.

(Gambar hiasan)


Aku menghadiri majlis Doa Selamat rakanku yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir bulan Oktober ini..Semoga beliau berjaya di dalam bidang yang diceburinya itu...Ameen..

3 Jun 2011: Dengar khutbah Jumaat di Masjid Besi Putrajaya oleh Imam Muda Fattah.

(Imam Muda Fattah)


Aku pergi Solat Jumaat di Masjid Sutan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya.. Bertolak dari Seremban dalam jam 12 tengahari dan sampai di Putrajaya dalam jam 1 lebih..Aku sempat berborak sebentar dengan Imam Muda Fattah selepas solat Jumaat..Malam ini beliau beserta dengan peserta Imam Muda yang lain akan ke majlis makan malam di atas bot persiaran "Star Cruise" bersama dengan Perdana Menteri..Besok beliau aka pergi ke Penjara Sungai Udang di Melaka untuk tugasan yang seterusnya..

2 Jun 2011: Score A preview di Damansara.

(Lambang syarikat Score A)


Malam tadi aku pergi ke Damansara tengok preview untuk MLM Score A...Ramai yang bagi talk...Antaranya ialah Bro Warid budak Mechanical Engineering yang dah pakai Mitsubishi Lancer..Padahal umur baru 20 lebih..Lepasu tu aku jumpe lagi sorang Bro ni emek Medic...Dia ni pulak support perbelanjaan dan yuran pembelajaran dia sendiri..Duit biasiswa JPA dia guna untuk enjoy...Budak sebaya aku...

Friday, June 10, 2011

31 Mei 2011: Aku hampir terlibat dalam kemalangan.

(Di jalan inilah kemalangan itu hampir berlaku)


Aku hampir terlibat dengan satu kemalangan kecil. Waktu itu aku hendak membuat pusingan "U". Aku tidak sedar dibelakangku ada sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang gadis yang membonceng seorang kanak-kanak kecil di hadapannya. Motorsikal yang dipandu gadis itu hampi-hampir melanggar keretaku disebelah kanan dari arah belakang. Mujur motorsikal yang dipandunya itu perlahan. Dia sempat mengelak dan berehenti di hadapan keretaku. Aku tersentak sebentar lantas aku keluar dari kereta. Gadis itu memarahi dan memaki-hamun aku. Aku hanya mendiamkan diri dan meminta maaf. Kemudian gadis itu pergi begitu sahaja.

31 Mei 2011: Melawat Makam Tuan Tulis di Talang,Kuala Pilah

(Kunci pintu ke makam ini disimpan oleh waris Tuan Tulis yang tinggal berhampiran dengan makam tersebut)


Tuan tulis ialah seorang tokoh ulama' Negeri Sembilan masa silam di era penghujung 1800 hingga awal 1900. Makam beliau terletak bersebelahan dengan Masjid yang dibina olehnya bersama dengan penduduk setempat di Kampung Talang, Kuala Pilah. Beliau digelar sebagai Tuan Tulis oleh gurunya kerana beliau merupakan jurutulis kepada gurunya. Beliau juga mempunyai sebuah naskah Al-Quran yang menggunakan tulisan tangan beliau sendiri. Selepas kemangkatan beliau, Sultan Negeri Sembilan waktu itu telah membina sebuah bangunan khas untuk makam Tuan Tulis sebagai menghormati dan memperingati jasa tokoh agama tersebut.

(Amat menakjubkan. Makam tuan tulis berbau harum semerbak di setiap penjuru.)

30 Mei 2011: Melawat kawan Ummi aku di Hospital.

(Gambar hiasan)




Hari ni aku pergi Hospital Tuanku Ja'afar dekat Seremban pegi lawat member Ummi aku yang masuk ICU.