Monday, May 30, 2011

29 Mei 2011: Pembantu rumah jiran aku lari dari rumah.

(Rumah jiran aku selang sebelah rumah yang pembantu rumah dia lari)


Masa tu jiran aku ni ada pegi satu hari keluarga. Semua pergi satu family kecuali pembantu rumah dia. Lepas tu bila balik je tengok2 pembantu rumah dia dah hilang. Barang2 berharga dia hilang sekali ke tak wallahu'alam. Aku belum tanya lagi. Sekarang ni dia pergi kerja anak-anak dia tinggal rumah. Paling tua form 3 lelaki dan paling muda dalam 3 tahun. Bila tengahari dia beli makanan kat luar dan hantar kat rumah. Jiran aku ni suami isteri dua-dua kerja bank.

29 Mei 2011: Mydin Nilai dan Ceramah Palestin.

(Untuk barang banyak ni je dah habis RM 159.80)


Aku pegi Mydin Nilai beli barang dapur. Saje jalan jauh skit. Selalu beli kat Giant Senawang je. Kali ni saje nak shopping jauh skit. Aku pegi petang. Pastu lepas maghrib balik rumah. And then keluar balik pegi Masjid Panchor dengar ceramah pasal Palestin ada sorang Professor Madya ni bagi ceramah.

(Professor tu cakap negara Israel akan hilang dalam tahun 2015. Tahun lepas je seramai 400,000 penduduk dia dah keluar dari negara tu. Tapi maklumat tu tak diberitahu kat umum sebab boleh menjatuhkan maruah Israel tu sendiri.)

Suara Hari Esok (Voice Of Tomorrow)




Ini lagu yang sungguh nostalgik bagi diri aku. Bila dengar lagu ni, aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Zaman aku bersekolah rendah. Lagu ini memang jadi kegemaran aku waktu tu.

Sunday, May 29, 2011

28 Mei 2011: Makan angin di Melaka dan HIMPUNAN SEJUTA BELIA di Putrajaya.

(Planetarium Melaka pada 28 Mei 2011)


Aku mengisi masa cutiku dengan pergi makan angin ke Melaka. Antara tempat yang aku lawati ialah Planetarium Melaka, Pasaraya Mydin, Muzium Automobil Melaka, dan Muzium Orang Asli. Aku bertolak dari Seremban pada waktu pagi.


Petang tu pula, selepas solat Asar di Masjid Al-Alami, aku pergi ke Putrajaya untuk menghadiri program Himpunan Sejuta Belia. Aku pulang pada malam itu juga dan sampai ke rumah pada jam 12.30 malam.


(Jalan di sekitar Putrajaya sesak dengan ribuan kenderaan dan pengunjung yang datang berpusu-pusu)
(Acara Gusti turut dipertandingkan di sini)
(Antara yang menarik perhatianku, Sosej panjang)
(Burger yang sungguh besar. 2 ke 3 kali ganda lebih tebal daripada burger biasa)

28 Mei 2011: Cuti pertengahan tahun datang lagi.


(Bercuti di tempat-tempat sebegini dapat meleraikan segala permasalahan.)


Cuti pertengahan dah bermula. Cuti selama 2 minggu. Untuk cuti pertengahan tahun ini, selain menghadiri kenduri-kendara, jalan-jalan, program cuti sekolah, dan sebagainya, aku ingin menambahkan hafazanku, berusaha untuk mendalami ilmu pelaburan dan perniagaan, dan memantapkan penguasaan bahasa inggerisku.

Saturday, May 28, 2011

27 May 2011: Surat Cinta dari kampus.

("Surat Cinta" yang baru aku terima pagi Jumaat)

Pagi itu, aku dipanggil masuk ke bilik Pensyarah. Lepas tu aku disuruh menandatangani surat penerimaan makluman Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Denda. Ini disebabkan aku balik ke rumah pada minggu lepas tanpa kebenaran daripada pihak kampus. Apa yang mengejutkan aku ialah bukan surat amaran yang diberi tetapi surat pertuduhan yang boleh dikompaun sebanyak tidak melebihi RM200 jika sabit kesalahan. Kebiasaanyya pihak kampus akan memberikan surat amaran untuk sesuatu kes. Tetapi kali ini berbeza. Tiada surat amaran, tetapi terus meminta denda. Aku terkejut. Aku diberi masa dua minggu untuk membalas surat tersebut. Jika tidak hukuman tersebut dikira sebagai sabit. Aku bercadang untuk membalas surat tersebut dalam masa terdekat ini dan berjumpa dengan pihak Kampus untuk berbincang secara baik.

(Petang tu aku balik ke rumah. Aku pergi hantar ummi aku ke sebuah rumah ni untuk tempah baju)

Friday, May 27, 2011

22 Mei 2011: Cyberjaya dan Putrajaya.

(Jogging walk berhampiran dengan Cyber Villa)


Aku teman ummi aku pegi jumpa member dia. Lama lah jugak. Aku drop dia dekat satu tempat. Lepas tu aku jalan2 keliling Putrajaya dan Cyberjaya. Ni lah gambar yang aku dapat snap.

(Yang seberang tasik ni ialah Purajaya. Yang ada bangunan tu)


(Tempat rehat dekat tempat jogging tu. Cantik tempat ni.)

15 Mei 2011: Coklat sempena hari guru.

(Bila dah masuk dlm bakul ni cantik kan?)


Sempena sambutan hari guru, Ummi aku ada hantar beberapa kotak coklat dekat satu sekolah kat Rantau. Sambutan memang baik!!!Coklat habis dijual.





(Ini yang dijual satu-satu. Pun habis dijual)

14 April 2011: Pikom PC Fair

(Lot parking bawah tanah berbayar KLCC)


14 April 2011, aku pergi ke KLCC dengan Ummi aku jalan-jalan tengok barang-barang elektronik dekat pameran komputer PIKOM. Aku dengan ummi beli printer canon yang ada scanner tu, fm usb player, yang boleh dengar lagu dalam pendrive kat dalam kereta tu, dan banyak lagi..Letih betul...Malam pulak pergi Sunway City kat Subang...Sampai rumah dalam pukul 1 pagi lebih..


(KLCC pada waktu malam dari pandanagan Petronas)

Mac 2011: Dataran Merdeka

(Bangunan Sultan Abdul Samad waktu malam)


Aku pergi ke Dataran Merdeka. Waktu tu Dataran Merdeka tengah digunakan untuk sambutan hari tentera peringkat kebangsaan. Sebenarnya waktu ni aku ikut kawan-kawan nak pegi uji bakat masuk imam muda. Ada sorang member aku ni lama sangat dia temuduga dari petang sampai malam tak habis lagi. Jadi tu sebab aku dan memeber member yang lain pergi Dataran Merdeka jap.