Saturday, May 28, 2011

27 May 2011: Surat Cinta dari kampus.

("Surat Cinta" yang baru aku terima pagi Jumaat)

Pagi itu, aku dipanggil masuk ke bilik Pensyarah. Lepas tu aku disuruh menandatangani surat penerimaan makluman Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Denda. Ini disebabkan aku balik ke rumah pada minggu lepas tanpa kebenaran daripada pihak kampus. Apa yang mengejutkan aku ialah bukan surat amaran yang diberi tetapi surat pertuduhan yang boleh dikompaun sebanyak tidak melebihi RM200 jika sabit kesalahan. Kebiasaanyya pihak kampus akan memberikan surat amaran untuk sesuatu kes. Tetapi kali ini berbeza. Tiada surat amaran, tetapi terus meminta denda. Aku terkejut. Aku diberi masa dua minggu untuk membalas surat tersebut. Jika tidak hukuman tersebut dikira sebagai sabit. Aku bercadang untuk membalas surat tersebut dalam masa terdekat ini dan berjumpa dengan pihak Kampus untuk berbincang secara baik.

(Petang tu aku balik ke rumah. Aku pergi hantar ummi aku ke sebuah rumah ni untuk tempah baju)

No comments:

Post a Comment